10thApril

BeRuAnG YaNg BeRiMaN

“Alkisah… .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.

Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.

Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan

KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

Ok. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman ..

tolong ya Allah! Aminnn..”
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit ..beruang tersebut pun berdoa,

“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! “

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.